Puisi wadah suara kemanusiaan
Zawawi Imron (Pengarang) ; Muhammad Lutfi Ishak (Pengarang) ; Ahmadun Yosi Herfanda (Pengarang) ; Sa'eda Buang (Pengarang) ; Haji Mohamad bin Rajap (Pengarang) ; Malim Ghozali PK. (Pengarang) ; Shirley O. Lua (Pengarang) ; Oum Suphany (Pengarang) ; Hamed Ismail (Pengarang) ; Han Lynn (Pengarang) ; Mohamad Saleeh Rahamad (Penyunting)
Tersedia di:
Deskripsi
Puisi Wadah Suara Kemanusiaan merupakan himpunan makalah daripada pertemuan penyair asean 2016 dan 2015. Strategi intelektual ini sengaja dipersiapkan dalam bentuk buku agar dapat dimanfaatkan oleh khalayak yang lebih besar. Makalah yang terhimpun dalam buku ini ialah hasil daripada buah fikiran penyair seluruh Asia Tenggara: Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Singapura, Thailand, Myanmar, Filipina, dan Kemboja. Buku ini diterbitkan dalam satu penerbitan yang berkesinambungan daripada dua acara yang sama pada tahun yang berbeza dengan tujuan untuk mengumpulkan pelbagai pandangan, memahat paparan sejarah, meneroka idea yang konseptual, serta merangka dan merancang segala hal berkaitan sastera di negara-negara serantau. Barangkali ada perbezaan dari segi pandangan, tetapi pandangan yang berbeza itu sama-sama diraikan untuk mendapat satu titik temu yang kemudian akan mengukuhkan seni dan kesusasteraan serantau.