Tanggam warisan : antologi sayembara deklamasi puisi kemerdekaan
-
Tersedia di:
Deskripsi
Apabila kerajaan Malaysia berubah pimpinan setelah Pilihan Raya Umum ke-14 pada 8 Mei 2018, maka suasana baharu harus dihapadi dengan teks-teks puisi yang baharu. Pakatan Harapan telah menggantikan Barisan Nasional. Di bawah pimpinan yang baharu, Malaysia kini sedang menempuh era baharu. Seperti yang dibayangkan oleh judul Tanggam Warisan, puisi-puisi dalam buku ini mengharapkan rakyat tetap mengamalkan nilai-nilai hidup murni yang mengukuhkan kesatuan bangsa Malaysia, terutama teguh mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, mengamalkan Rukun Negara dan menghormati hak-hak rakyat yang berbilang agama dan budaya.