Orang bertiga : antologi sajak penyair kabur
Noor S.I. (Pengarang) ; A.S. Amin (pengarang) ; M. Ghazali (pengarang)
Tersedia di:
Deskripsi
Telah diperkatakan bahawa pertengahan tahun-tahun 1950 timbul kelompok penyair menghasilkan `Puisi Kabur`. Tiga orang daripada mereka ialah Noor S.I., A.S. Amin dan M. Ghazali. Oleh kerana keselarian mereka dari segi pengungkapan, konsisten dengan cara mereka dan berada di dalam satu era, mereka dilihat sebagai mempelopori sajak-sajak kaburi dan membentuk aliran khusus pada pertengahan 1950an dan seterusnya secara menyimpang dari pengungkapan tradisional dan biasa sebagaimana selama ini. Dari satu segi mereka bukan setakat menyimpang, tetapi memberontak terhadap pengucapan tradisional dan biasa yang dianggap terlampau klisye dan memerlukan pembaharuan. Kekukuhan kedudukan mereka lantaran diterbitkan puisi-puisi mereka yang beraliran kabur di dalam sebuah antologi yang diusahakan oleh Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad dengan judul `Orang Bertiga` dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1980). ; Bibliografi : halaman 169-175 ; Ineks : halaman 177-178