Tanggapan pembicaraan karya-karya Shahnon Ahmad
Safian Hussain (Pengarang)
Tersedia di:
Deskripsi
Buku Tanggapan Pembicaraan Karya-Karya Shahnon Ahmad mengandungi 29 esei dan kritikan pilihan mengenai karya-karya Shahnon Ahmad. Shahnon Ahmad merupakan salah seorang pengarang Malaysia yang karya-karyanya paling banyak diperkatakan. Sejumlah puluhan latihan ilmiah dan tesis mengenai karya-karya beliau telah dihasilkan oleh para mahasiswa universiti. Selain daripada itu, karya-karya Shahnon Ahmad terus dibicarakan dalam berbagai wadah seperti akhbar, majalah, buku, malah persidangan penulis peringkat nasional atau antarabangsa. Sejumlah karya Shahnon Ahmad telah juga diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa, terutama cerpen-cerpen beliau dan novelnya, Ranjau Sepanjang Jalan. Dua kandungan tambahan yang tidak kurang menariknya ialah mengenai peribadi Shahnon Ahmad dan senarai esesi/kritikan kajian tentang karya-karya beliau. Karya-karya Shahnon Ahmad yang diperkatakan dalam buku ini termasuklah novel-novel Terdedah, Srengenge, Sampah, Seluang Menodak Baung, Protes, Ranjau Sepanjang Jalan, Rentong, Perdana dan karya-karya lain dari pengarang ini, yang telah mendapat Anugerah Sastera Negara dalam tahun 1982 ; Bibliografi : halaman 381-390 ; Indeks : halaman 397-402